Wednesday, August 5, 2009

(dari kiri: M.Zainus, M.Ariffudin, Noramira, M. Zhahirin, Abdul Muiz)


Seramai 5 orang daripada 10 orang peserta ARP Rakan Muda dari Pejabat Belia dan sukan Daerah Sabak Bernam Parlimen sungai besar telah menerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Pingat Perak. Majlis Pentauliahan berlangsung pada 23 JULAI 2009 di Grand Season Hotel, Jalan Pahang, KL.

Kami semua berasal dari Sekinchan, Selangor dan berumur 17 tahun. Bersekolah di SMJK Yoke Kuan di dalam Tingkatan 5 dari Aliran yang berbeza iaitu, Pure Science, Accounting, Arts. Walaupun akan menghadapi SPM pada November ini kami tetap mengorbankan masa dan tenaga untuk mendapatkan pingat Perak ini. Kami mula menjalankan aktiviti pada awal Januari 2009 dan berakhir pada akhir bulan Jun 2009. Aktiviti memakan masa selama 6 bulan selaras dengan tempoh untuk mendapatkan anugerah ini di peringkat pingat perak.

Aktiviti ini mestilah menagndungi 4 kompenen iaitu khidmat masyarakat, kemahiran, rekreasi fizikal, dan penjelajahan lasak. Setiap kompenen mestilah mengambil masa selama 30 jam dalam masa 6 bulan. Kami telah memilih gotong-royong dan khidmat masyarakat untuk khidmat masyarakat, Drama dan teater untuk kemahiran, Sofbol untuk rekreasi fizikal, dan camping selama 3 hari 2 malam di Dusun Eco Resort, Bentung, Pahang untuk Penjelajahan Lasak.

Kami semua berharap akan memperoleh Pingat Emas iaitu aras yang tertinggi dalam anugerah remaja perdana dan menjadi rebutan semua peserta anugerah ini. Jika berpeluang untuk terpilih menjadi peserta pingat emas, kami berjanji akan melipat gandakan usaha, komitmen dan minat kami dan melaksanakannya dengan sepenuh hati. 2 Pemegang Pingat Emas pada tahun ini telah menjadi inspirasi kepada kami. Setelah kami bersua muka dengan kedua-dua peserta ini kami mendapati untuk mendapatkan pingat emas ini mestilah memerlukan kualiti dan komitmen yang amat tinggi dalam sesuatu aktiviti. Kami juga akan membuktikan bahawa di peringkat umur sebelum 20 an akan mendapat anugerah ini.

No comments: